Kerjaya Tunku Shazuddin Ariff

Setelah menamatkan pengajian di Kansas Wesleyan University, Tunku Shazuddin Ariff telah berkhidmat di beberapa syarikat di Los Angeles, United State of America.Sekembali ke Malaysia, Baginda memulakan kerjaya bersama Johan Design Associates selama lima tahun. Baginda telah ditugaskan untuk menguruskan pelbagai projek untuk beberapa syarikat terkemuka seperti Petronas F1, Malaysia Airlines, RHB Bank, Northport dan pelbagai Kementerian di Malaysia. Baginda meneruskan kerjaya dalam industri yang sama dengan syarikat – syarikat terkemuka yang lain seperti di Hewlett Packard, Data One dan Keppel Group of Singapore sehingga tahun 2001.

Pada tahun 2002, Tunku Shazuddin Ariff menceburi bidang perniagaan reka bentuk, dengan menubuhkan Syarikat Rethink Sdn Bhd yang mempunyai kepakaran dalam bidang Branding & Graphic Design dan Syarikat Reka 3 Sdn Bhd yang mempunyai kepakaran dalam bidang Interior Design. Pada masa yang sama, Baginda juga merupakan Pengarah Urusan Seri Libana Sdn Bhd